Rabu, 23 Mei 2012

Mengenai Web Hosting

Saya seringkali ditanya, “Apa itu webhosting?”. Soalan ini mungkin kelihatan agak mudah, dan bagi mereka yang sudah sedia ada gambaran mengenainya memang agak mudah untuk dijelaskan. Tetapi, bagi mereka yang masih baru di dalam dunia internet, istilah “webhosting” agak mengelirukan. Di dalam ebook ringkas ini, saya akan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai, apa itu webhosting.
Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah website. Kita tidak boleh lari dari 3 kompenen asas berikut.

1. Website (Rumah)
Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya.
Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver, microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

2. Nama Domain (Alamat)
Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke RM150 setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda.

3. Webhosting (Tapak Rumah)
Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya.

Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.

Website = Rumah / Pejabat
Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat
Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat

Harap anda jelas dengan konsep asas di atas. Kini timbul pula persoalan, bagaimana saya ingin mendapatkan webhosting? Oh! Mudah sahaja, anda boleh mendapatkan webhosting dari penyedia-penyedia perkhidmatan webhosting ini di internet. Terdapat beribu-ribu penyedia perkhidmatan webhosting di internet.

Pada kebiasaannya, penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda ambil.

Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda. Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan kemudiannya meng”upgrade” dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda.

Mari kita lihat beberapa ciri yang biasa terdapat dan disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan webhosting.

• Ruang Web – biasanya diukur dengan menggunakan MB. Anda perlulah tahu berapa besar ruang yang diperlukan untuk website anda. Untuk mengetahui berapa ruang yang anda gunakan untuk website anda. Anda boleh mencapur kesemua saiz fail html serta fail-fail gambar yang anda gunakan di dalam website anda. Bagi website yang mempunyai 5-10 mukasurat, biasanya, saiz keseluruhan website adalah antara 1-5Mb.

• Kadar bandwidth sebulan– bandwith ini bolehlah dianggap seperti jalan raya ke rumah anda. Semakin besar bandwidth, semakin besarlah jalan raya ke rumah anda, dan semakin ramailah orang boleh datang ke website (rumah) anda. Pada kebiasaannya, bandwidth sebesar 1Gb sudah mencukupi, tetapi jika website anda menerima kunjungan sehinggan 3-5 ribu orang sebulan, mungkin bandwidth yang lebih besar diperlukan.

• PHP,ASP,CGI – itu adalah bahasa pengaturcaraan. Jika anda membangunkan website anda dengan menggunakan php, maka, anda perlulah mencari webhosting yang menyokong bahasa pengaturcaraan tersebut.

• MySQL, Access – ini adalah merupakan pangkalan data. Jika website anda memerlukan database, maka, anda perlulah memilih pakej hosting yang turut menyediakan pangkalan data tersebut. Sesetengah hosting menyediakan pakej pangkalan data “unlimited”, bermakna, anda boleh membuat seberapa banyak pangkalan data yang anda mahu. Ada sesetengah pula, hanya membenarkan anda membuat beberapa pangkalan data sahaja.

• Frontpage Extension – jika website anda dihasilkan dengan menggunakan perisian “Microsoft frontpage”, anda mungkin memerlukan ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda.

• Control Panel – ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan pelayar internet “browser”. Biasanya, anda akan diberikan “username” dan “password” untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email.

• Sokongan (suport) –ini adalah ciri penting bagi membantu anda menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan perkhidmatan webhosting tersebut. Ada sesetengahnya membenarkan anda menghantar email kepada mereka jika anda menghadapai masalah, malahan, ada juga yang membenarkan anda ber”chating” dengan mereka bagi menjawab segala pertanyaan dan masalah anda.

Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah webhosting. Tetapi, itulah antara ciri-ciri asas penting yang dapat saya kongsikan bersama anda mengenai webhosting pada kali ini.

Sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar